Orang Politik Tidak Takut Tuhan?
Gelagat pemimpin politik dan penyokongnya hari ini sungguh menghairankan dan pelik! Walaupun ada yang mengatakan politik itu dalah sebahagian dari amalan Islam dan kita tidak boleh lari daripadanya, tetapi amalan politik yang mereka amalkan adalah sangat bertentangan dari agama itu sendiri.
Medan politik hari ini macam gelanggang sabung ayam.
Siapa yang menjadi ayam,RAKYAT?
Pemimpin pemimpin politik yang berbagai bagai wajah dan latar belakang saperti peguam,ahli agama, doktor, jurutera dan ahli ahli perniagaan dan lain lain.Kerja mereka ialah meng-ayam-kan rakyat.
Mereka bukan sahaja memain mainkan perasaan dan emosi rakyat (ayam?) dengan berbagai bagai isu.Tohmahan dan fitnah dilemparkan sesuka hati terhadap pihak musuh mereka.
Rakyat pun keliru apabila ahli politik yang mereka lantik melalui undi pilihanraya membuat kenyataan demi kenyataan yang tidak benar (fitnah), bermatlamatkan memburukkan pihak lawan.Rakyat, terutama penyokong penyokong menjadi pak turut dan terjebak kedalam perangkap busuk mereka.
Sejak PRU12 Ahli politik kini berani mengeluarkan pendapat dan kenyataan mengikut perasaan dan hawa nafsu.Mereka kini tidak takut dengan tuhan dengan melemparkan berbagai fitnah terhadap lawan dan membuat berbagai janji kepada rakyat yang kadangkala mendahului janji tuhan.Ada yang berani memperalatkan Al Quran semata mata mahu rentak tari mereka di dengari dan ikuti rakyat.Tidak kira yang bersongkok, berkopiah, berserban besar, berjubah serta berjanggut, mereka semua sanggup menabur fitnah semata mata mahu menjadikan keharmonian umat menjadi kucar kacir.
Matlamat mereka melakukan ini hanya kerana gilakan kuasa dan menjadi pemerintah.Untuk itu mereka sanggup mengenepikan seruan Tuhan yang menyuruh manusia melakukan kebaikan dan mengamankan dunia ciptaan nya serta hidup bermaaf maafan.Agama di gunakan sebagai penyapu kaki semata mata untuk meraih undi dan menarik rakyat (ayam?) menyokong mereka.
Pos-Pos Menarik yang Lain!: What are some of the Benefits of Purchasing a Property in Malaysia for the Financial Specialists